KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, Adlin Aman Ramlie, yang ditahan kerana dipercayai terlibat dengan penipuan pelaburan hartanah telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil bagi membantu siasatan.
Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Penolong Pesuruhjaya Kanan Roslan Abd. Wahid berkata, pelakon berusia 44 tahun itu dibebaskan petang semalam setelah ditahan dalam Op Nuri...






