Singapura dan Laos menandatangani satu perjanjian kredit karbon pada 9 Julai, membuka laluan bagi perdagangan dua hala dalam bidang baru ini dan sekali gus mengeratkan lagi jalinan persahabatan selama 50 tahun antara dua negara tersebut.
Persetujuan baru itu “membuka perbatasan baru kerjasama (dua hala)”, kata Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, semasa satu majlis jamuan tengah hari bagi meraikan Perdana Menteri...





