SEJAK September lalu, Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah telah mendapatkan khidmat pembimbing pakar dari Kelantan, Malaysia, bagi melatih pelajarnya mengasah pembacaan dalam ilmu Al-Quran dalam usaha membangun kumpulan qari dan qariah cilik.
Sebagai permulaan, pihak madrasah telah menerbangkan tokoh yang bukan calang-calang iaitu Hajah Faridah Haji Mat Saman, 65 tahun, yang mencatat sejarah sebagai qariah yang paling banyak menjuarai tilawah peringkat antarabangsa...





