KUALA LUMPUR: Penyanyi ternama tanah air, Datuk Siti Nurhaliza, menafikan dakwaan mengatakan beliau telah hamil seperti mana yang diperkatakan ramai dan dilaporkan media Malaysia semalam.
Sejurus membuat persembahan pembukaan sempena Konsert Satu Suara Volume 2 yang diadakan di Istana Budaya di sini semalam, beliau membuat satu kenyataan bagi menepis dakwaan tersebut.





