Lebih 97 peratus jemaah haji Singapura telah selamat pulang ke tanah air dengan rombongan yang terakhir bakal pulang pada 8 Julai, kata Ketua Delegasi Haji Singapura 2024, Dr Mohamad Maliki Osman.
Berucap kepada media semasa menyambut kepulangan rombongan ketiga terakhir Singapura pada 5 Julai di Lapangan Terbang Changi, Dr Maliki, yang juga Menteri di Pejabat Perdana Menteri, berkata beliau amat...





