Menghasilkan kandungan transmedia bagi buku Bahasa Melayu merupakan satu kejutan budaya, lebih-lebih lagi bagi lima pelajar bukan berbangsa Melayu dari Politeknik Republic (RP).
Namun, itu tidak menghambat mereka daripada bekerjasama rapat dengan penulis buku Nyanyi dan Baca Bersama Datuk dan Nenek, guru pesara Encik Abdolah Lamat, dan penerbit bukunya, Cik Norlin Samat, dari syarikat Poppet’s World.





