Pada usianya yang mencecah 56 tahun pada 2 Mei lalu, bintang kesayangan ramai, Ziana Zain, tertanya-tanya mampukah beliau menyentuh hati ramai dengan lontaran suara dan gaya persembahan yang dikhuatiri tidak sehebat zaman gemilangnya.
Bagaimanapun, Ziana, atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zain, meraih keyakinan untuk mengadakan konsert solo pada skala besar selepas 20 tahun tidak berbuat demikian berbekal kata-kata perangsang adiknya,...





