BERIKUTAN serangan pengganasan di Jakarta pada Khamis (14 Jan), beberapa syarikat penerbangan mengumumkan mereka akan mengetepikan bayaran tempahan semula bagio penumpang yang mempunyai penerbangan ke atau dari ibu negara Indonesia itu dalam masa beberapa hari dan minggu ini.
Singapore Airlines, Tigerair Singapura dan Jetstar juga berkata penerbangan mereka ke dan dari Jakarta beroperasi seperti biasa.






