Singapura mengalu-alukan lebih banyak projek saling menguntungkan dengan Malaysia, kata Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, sedang kedua-dua negara menyambut ulang tahun ke-100 Tambak Johor (atau Koswe) pada 28 Jun.
Dalam hantaran di media sosial, Encik Wong berkata Singapura dan Malaysia sedang bekerjasama dalam pelbagai projek merentas bidang – kesihatan, pendidikan, budaya dan perdagangan, serta bidang baru muncul seperti ekonomi digital...





