BATAM (Indonesia): Pergaulan bebas dan mudahnya akses untuk mendapatkan khidmat pekerja seks komersial (PSK) di Batam membuat penyebaran penyakit HIV/Aids begitu cepat di kota itu, lapor akhbar Batam Pos hari ini.
Pada 2014 sahaja, Badan Kesihatan Kota Batam mencatat 639 orang yang mengidapi HIV/Aids dan jumlah itu meningkat kepada 885 orang pada 2015.





