DEMI memastikan flat kekal dimampui rakyat Singapura, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) memberi hampir $2 bilion kepada isi rumah, di bawah dua geran perumahan awam utama.
Di bawah skim Geran Perumahan CPF Tambahan (AHG), yang menawarkan hingga $40,000 bagi pembeli flat baru atau jualan semula kali pertama, $1.6 bilion diberi kepada 82,873 keluarga sejak ia diperkenal pada Mac 2006.





