Apabila mendapat tahu My Inspiring Journey Hub, atau singkatannya MIJ Hub, akan menerima derma berjumlah $200,000, Cik Faraliza Zainal, selaku pengasas dan pengerusi, rasa terkejut apatah lagi apabila pemberinya adalah sebuah kumpulan legenda rok yang tidak dikenalinya sebelum ini.
Kumpulan Mayday, kugiran rok dari Taiwan dalam satu paparan penghargaan yang luar biasa, membuat sumbangan $200,000 kepada organisasi bukan berasaskan keuntungan...





