JOHOR BAHRU: Struktur Koswe (Tambak Johor) mempunyai nilai sejarah tersendiri dalam membentuk landskap pembangunan Johor, termasuk menjadi konotasi dalam mencetuskan kemajuan ekonomi, mengukuhkan hubungan persahabatan serta menjadi tanda hubungan diplomatik erat antara Johor dan Singapura.
Ahli Penasihat Jumaah Majlis DiRaja Johor, Profesor Datuk Dr Kassim Thukiman, berkata persahabatan antara Johor dan Singapura sejak dulu telah menggambarkan hubungan unik serta istimewa...





