Raja Pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah, kini dibelenggu kesedihan kerana isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) akibat alahan teruk dan muntah-muntah selepas hamil anak kelima.
Jamal, 65 tahun, berkata beliau pada awalnya, mahu merahsiakan kehamilan anak kelima itu, namun isterinya yang berusia 28 tahun, mengalami alahan teruk, sudah tak makan selama lapan hari dan muntah...





