PORT DICKSON: Polis Malaysia membuka kertas siasatan berhubung dakwaan seorang suami dipercayai memukul isterinya selepas lelaki itu dikatakan ‘kantoi’ curang di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata pada 3 petang 19 Jun, pihaknya mendapat maklumat mengenai satu video tular berdurasi 31 saat di media sosial memaparkan pasangan berusia 37 dan...





