Projek Amal Golf anjuran Masjid Ar-Raudhah merupakan salah satu usaha mengumpul dana bagi peningkatan masjid yang dijangka bermula pada akhir tahun 2024 ini.
Projek Peningkatan Masjid Ar-Raudhah ini bertujuan menaik taraf kemudahan penting khusus bagi mewujudkan lebih banyak lagi ruang solat jemaah, menaik taraf bilik darjah tadika serta menjadikan Masjid Ar-Raudhah lebih mesra bagi warga kurang upaya dan warga emas,...





