Seorang pemimpin akar umbi baru bagi Tampines East di GRC Tampines telah diperkenal kepada penduduk oleh menteri utama di kawasan undi itu, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, pada 15 Jun.
Bercakap di Festival Pembelajaran Tampines, Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga berkata Penolong Profesor Pemasaran, Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Dr Charlene Chen, akan bekerjasama dengan beliau untuk...





