Apabila menerima tawaran bagi drama, Haikal Nak Jadi Cef!, pelakon Junaidi Sali, diberitahu bahawa beliau harus menyampaikan dialognya dalam bahasa Melayu baku kerana ia merupakan rancangan yang disasarkan buat kanak-kanak.
“Saya terfikir juga kerana penonton pasti akan berkata ‘kita tidak berbual begitu di luar’ kerana ia agak formal,” kongsi Junaidi yang membawa watak sebagai Raian iaitu bapa kepada watak Haikal...





