PUTRAJAYA: Malaysia telah menyampaikan permintaan kepada Singapura supaya menimbangkan menghantar tenaga pendidik bagi mengajar bahasa Inggeris dan mata pelajaran lain di beberapa kawasan dalam usaha membantu meningkatkan penguasaan pelajar di negara ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata selain pelbagai isu utama yang dibincangkan bersama Perdana Menteri Singapura, Encik Lawrence Wong, dalam mesyuarat bersama pada 12 Jun, permintaan itu...





