USTAZ KHALIL ROSLI Segala puji bagi Allah, kita diberi kesempatan lagi untuk bertemu dengan bulan yang mulia di antara bulan-bulan haram, iaitu bulan Zulhijah.
Bulan ini sinonim dengan dua amalan besar yang diamalkan oleh masyarakat kita, ibadah haji dan ibadah korban. Dalam Islam, ibadah haji merupakan salah satu rukun agama yang perlu kita tunaikan bagi sesiapa yang mampu.





