Seorang guru tari warga Australia yang berada dalam pesawat Singapore Airlines (SIA) SQ321 kini tidak boleh menari lagi selepas cedera parah di bahagian tulang belakang akibat gelora udara yang melanda pesawat itu.
Cik Kerry Jordan, 52 tahun, juga memberitahu akhbar yang berpangkalan di Adelaide, Australia, The Advertiser, bahawa beliau tidak boleh melakukan segala “perkara asas” dengan tangannya, seperti menyuap makanan...





