PUTRAJAYA: Penyasaran subsidi negara yang dilaksana kerajaan ketika ini sebenarnya dasar yang sudah dibincang dan dipersetujui sejak 25 tahun dulu, kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun langkah itu, kata beliau, tidak dilaksana kerana pimpinan ketika itu lebih memikirkan soal penakatan politiknya, di samping penyasaran subsidi ini sendiri tidak mudah dijayakan.





