MONTREAL: Pemandu Red Bull, Sergio Perez, dikenakan penalti tiga petak untuk perlumbaan Formula Satu (F1) di Sepanyol selepas warga Mexico itu memandu keretanya dalam keadaan yang tidak selamat dalam Grand Prix (GP) Canada pada 9 Jun.
Pasukannya, Red Bull, yang menjuarai perlumbaan itu, juga dikenakan denda 25,000 euro ($26,935).





