KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat mengambil langkah drastik, berani dan berisiko apabila menggugurkan keahlian enam Ahli Parlimen (AP) dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu yang telah menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kedudukan enam AP Bersatu dan seorang Adun itu, sama ada kekal menyandang kerusi masing-masing atau perlu mengosongkan kerusi sekali...





