KUALA LUMPUR: Polis Malaysia berjaya menumpaskan lima kumpulan kongsi gelap dengan tertangkapnya 21 anggota kumpulan jenayah terancang dalam serbuan Operasi Lima (Op Lima) oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Dengan penahanan itu, seramai 20 lelaki berumur antara 26 hingga 51 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen Klang, Selangor, pada 29 Mei, atas tuduhan menjadi anggota kumpulan jenayah terancang ‘Geng TR’...





