KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan klip rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim, disimbah asid pada 5 Mei yang tular di media sosial sejak 23 Mei, adalah video sebenar kejadian.
Bagaimanapun, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan bagaimana video berkenaan boleh tersebar kerana ia adalah bahan bukti untuk siasatan polis.





