Jodoh antara pelakon kelahiran Singapura, Hisyam Hamid, dan isteri serta pengurusnya, Rosmawati Hanafi atau Mel, terhenti setakat di sini sahaja dengan jalan terbaik yang mereka pilih adalah untuk tidak lagi menjadi suami isteri.
Inilah yang Hisyam dedahkan akhirnya kepada Berita Harian Malaysia (BHM) apabila ditanya mengenai status rumah tangganya yang didesas-desuskan mengalami keretakan.





