TEHRAN: Puluhan ribu rakyat Iran memenuhi jalan-jalan utama di sekitar ibu negara Tehran pada 22 Mei untuk menyertai perarakan pengebumian Presiden Ebrahim Raisi dan tujuh anggota rombongannya yang terkorban dalam satu nahas helikopter.
Orang ramai berkumpul di dalam dan sekitar Universiti Tehran untuk menyertai perarakan itu dan meratapi pemergian Encik Raisi dan rombongan tersebut, sambil memegang potret mantan Presiden itu.





