ANFIELD: Jurgen Klopp membuktikan kenyataannya semasa memulakan kerjaya di Liverpool bahawa pandangan penyokong terhadapnya semasa beliau tiba tidak penting, pencapaian sebenarnya ialah pandangan mereka apabila beliau meninggalkan kelab itu.
Dengan wajah berseri-seri semasa meninggalkan padang memasuki terowong buat kali terakhir pada 19 Mei, pengurus asal Jerman itu tidak ragu-ragu tentang perasaan penyokong dan legasi yang beliau tinggalkan di Liverpool.





