THE HAGUE (Belanda): Afrika Selatan menggesa hakim mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memerintahkan Israel menamatkan serangan daratnya ke atas Rafah di selatan Gaza, dengan menyatakan ia meletakkan kehidupan rakyat Palestin di kawasan itu kepada risiko kemusnahan.
Perbicaraan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) itu berlangsung pada 16 Mei selepas Afrika Selatan meminta minggu lalu supaya mahkamah mengeluarkan kekangan lanjut...





