Singapura memulakan lembaran baru dengan peralihan pucuk pimpinan setelah Encik Lawrence Wong mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keempat Singapura, bersama-sama dengan barisan Kabinet barunya di Istana pada 15 Mei.
Dalam ucapan sulungnya selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Encik Wong membentangkan wawasan dan janjinya untuk membentuk sebuah pemerintah yang terbuka dan inklusif dalam pendekatannya untuk berkhidmat kepada rakyat Singapura tanpa...





