LONDON: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, berkata tidak ada sebarang majlis untuk meraikan kemenangan 2-0 pasukannya ke atas Tottenham Hotspur pada 14 Mei.
Keputusan itu meletakkan City di tangga teratas Liga Perdana England (EPL) dan kelab itu hanya perlu menang dalam perlawanan terakhir menentang West Ham United untuk bergelar juara EPL empat kali berturut-turut.





