ISKANDAR PUTERI: Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bakal dibangunkan di kawasan Iskandar Malaysia dan Pengerang, Johor, membabitkan keluasan 3,505 kilometer persegi.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata kawasan JS-SEZ itu akan membabitkan enam pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Johor Bahru, Iskandar Puteri, Pasir Gudang, Kulai dan Kota Tinggi.





