KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mengingatkan semua pihak supaya tidak menimbulkan spekulasi dengan mengaitkan institusi istana dalam kes serangan terhadap tiga pemain bola sepak kebangsaan baru-baru ini.
Beliau berkata sehingga kini Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) masih menyiasat motif sebenar kejadian serangan dan samun terhadap Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim.





