ISKANDAR PUTERI: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, mahu seluruh ketua isi rumah rakyat Johor yang miskin tegar di negeri itu dibantu keluar daripada status tersebut secara sepenuhnya menjelang akhir 2025.
Beliau memberi tempoh 19 bulan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Johor supaya mencari dan mengenal pasti golongan terbabit di kawasan masing-masing.





