JOHOR BAHRU: Selepas dua kejadian membabitkan tonggak bola sepak Malaysia disimbah asid dan disamun, seorang lagi bintang bola sepak, Safiq Rahim, dilaporkan diserang individu tidak dikenali.
Kejadian pada 7 Mei malam itu menyebabkan cermin keretanya dipecahkan di Pusat Latihan Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) di Sri Gelam, Johor Bahru, Johor.





