HULU SELANGOR: Kegembiraan sebuah keluarga menghabiskan cuti hujung minggu mandi di Sungai Balak, Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor, berakhir dengan tragedi apabila si bapa dan dua anaknya lemas pada 5 Mei.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim, berkata kejadian kira-kira 1.15 petang itu berlaku apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun tergelincir ketika mandi di sungai itu...





