Isu yang perlu diselesaikan antara Singapura dan Malaysia tidak harus menjejas daya tahan hubungan keseluruhan dua negara itu, kata Presiden Tharman Shanmugaratnam. Beliau juga berharap kededua negara dapat terus mencari cara yang saling menguntungkan dan mampan untuk bergerak ke hadapan dalam menangani isu-isu itu.
Presiden Tharman berkata demikian dalam ucapan tahniah dan penghargaannya di majlis jamuan negara yang dihos beliau...





