Pembuat kereta Korea, Hyundai dan Kia, telah mengeluarkan arahan menarik balik tiga model kenderaan elektrik (EV) mereka di Singapura disebabkan kemungkinan kerosakan pada sistem mengecas kenderaan itu, yang boleh menyebabkannya kehilangan kuasa.
Secara keseluruhan, 814 kenderaan di Singapura terjejas, terdiri daripada 719 kereta Hyundai dan 95 kereta Kia, lapor The Business Times (BT).





