JOHOR BAHRU: Dua pegawai atasan sebuah syarikat pembekalan air di Johor direman sehari bagi membantu siasatan kerana disyaki menerima rasuah RM3.3 juta ($940,000) daripada dua pemilik syarikat kontraktor.
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Cik Nurzihan Abdul Rehman, selepas permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 30 April, bagi membolehkan kededua suspek disiasat mengikut...





