Pemerintah akan mengkaji saranan-saranan yang diberikan secara teliti oleh hampir 40 pakar pemuliharaan dan saintis setempat untuk melindungi alam semula jadi di sini, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.
Saranan itu termasuk mengkaji perlindungan hutan Mandai dan Tagore sebagai taman alam semula jadi, membaiki proses pemprofilan ekologi seluruh pulau untuk memetakan bagaimana habitat Singapura yang berasaskan tanah dihubungkan antara...





