Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA) telah menerbitkan buku pertamanya berjudul Hikmah Senja, yang mengetengahkan topik meliputi penuaan, disasarkan kepada warga senja dan penjaga mereka.
Buku dwibahasa dalam bahasa Melayu dan Inggeris itu menghimpunkan nasihat dan sumbangan daripada pelbagai lapisan individu seperti pakar kesihatan, pendakwah, warga senja dan penjaga warga senja itu sendiri.





