Selepas melalui bermacam episod, pelakon Ruhainies akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Bella Astillah atas kemelut yang berlaku.
Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Fareha Zainul Ilyas, 32 tahun, juga meluahkan hasrat ingin bersemuka dengan isteri penyanyi dan pelakon asal Singapura, Aliff Aziz itu, bagi menyelesaikan kekecohan yang terjadi sejak dirinya dan Aliff ditangkap khalwat pada 9 Mac.





