Hampir enam daripada 10 siswazah dari universiti swasta di sini mendapat pekerjaan sepenuh masa dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian, meskipun gaji mereka masih tidak setara berbanding lulusan universiti berautonomi.
Tinjauan Pekerjaan Siswazah Institusi Pendidikan Swasta terkini, yang dikeluarkan oleh SkillsFuture Singapore pada 25 April, menunjukkan 58.7 peratus siswazah daripada institusi swasta pada 2023 peroleh pekerjaan tetap sepenuh masa,...





