Kawasan One-north di Singapura telah menerima rangsangan dengan adanya ruang masyarakat baru seluas 1.6 hektar, menawarkan penduduk serta pekerja di sekitar kawasan itu akses yang lebih dekat kepada alam semula jadi dan ruang perhimpunan inklusif.
Rangkaian masyarakat atau ‘community node’ Buona Vista yang baru ini terletak di persimpangan Jalan Buona Vista Utara dan Commonwealth Avenue, telah dilancarkan oleh Menteri Pembangunan...





