Kurang sebulan lagi iaitu pada 15 Mei, Singapura bakal menyaksikan perubahan tampuk pemerintahan apabila Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Encik Lee Hsien Loong.
Di Singapura, pemimpin bertukar jawatan Perdana Menteri sebelum berlakunya Pilihan Raya Umum (GE) bukanlah kali pertama berlaku, kerana pada 28 November 1990, mendiang Encik Lee Kuan Yew, telah menyerahkan...





