Orang ramai boleh berkunjung ke Istana pada Ahad, 21 April bagi acara Rumah Terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Pekerja.
Rumah terbuka dari 8.30 pagi hingga 6 petang itu akan menawarkan pengunjung persembahan langsung, gerai aktiviti dan barangan, gerai makanan dan lawatan ke pekarangan Istana.





