BARCELONA: Bintang Paris St. Germain (PSG), Kylian Mbappe, muncul sebagai wira pasukannya setelah menyumbatkan dua gol, sekali gus membantu pasukannya menewaskan Barcelona 4-1 dalam pusingan kedua suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) pada 17 April di Stadium Olimpik Barcelona.
Dengan keputusan itu, PSG mara ke pusingan separuh akhir dengan agregat 6-4 – pusingan pertama menyaksikan PSG ketinggalan 2-3 di padang sendiri.





