DUBAI: Lebih sejuta jemaah dari seluruh dunia dan Arab Saudi sendiri, telah berhimpun di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah,untuk beribadah pada malam-malam terakhir di bulan suci Ramadan.
Anggota jemaah melakukan solat umrah, tarawih, dan qiamullail, mencari keberkatan pada penutup bulan suci yang bermula pada hari ke-20 Ramadan, lapor Gulf News.





