PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan kegiatan ‘swinger’ di Kedah dan Johor yang dikesan beroperasi secara dalam talian, baru-baru ini.
Kegiatan kumpulan ‘swinger’ itu melibatkan aktiviti suami isteri yang bertukar-tukar pasangan dan dikesan menerusi aduan orang ramai dan pemantauan MCMC.





